idea

idea
kritik ku

Sunday, May 25, 2008

Menjadi diriku

18 tahun dalam kehidupan yang penuh suka duka ini, banyak yang telah kupelajari. Aku hanya seperti insan yang lain; naif pada permulaan hidup. Orang kata, makin jauh kita berjalan dalam hidup ini, makin matang diri kita. Mungkin ada benar kata bijak pandai itu. Namun, aku mempunyai pandangan yang berbeza.

Dari sudut persepsi aku, kematangan tak mungkin hadir tanpa kesedaran, dan kesedaran takkan muncul tanpa berfikir. Begitulah tanggapanku tentang "matang". Walau berapa jauh sekalipun kita berjalan, tapi kalau tak pernah sekali pun kita berfikir segala kebaikan serta keburukan daripada perjalanan kita, kita tetap kosong. Jika perjalanan kita kosong, tanpa cabaran, bila kita akan menjadi matang dalam kehidupan.

Setiap langkah yang kita ambil, haruslah ada satu harapan. Setiap langkah itu, bakal menimpa dugaan. Setiap langkah itu perlu sentiasa mara ke hadapan. Berilah erti dalam langkah-langkah kita. Supaya erti-erti itu mampu membantu kita untuk membezakan antara sempadan baik dan buruk. Kita telah dikurniakan akal. Anugerah Allah yang sangat tidak ternilai. berfikirlah untuk mencari jawapan. dan jawapan kita hanya satu. Allah.

Aku akan terus menjadi diriku. Mencari apa yang perlu dalam hidup ini supaya dapat menjadi bekalan akhirat ku. Aku akan terus melangkah. Agar setiap langkah tidak menyesatkan aku, malah akan mendewasakan aku. Kita semua sama. Berjalan dalam jalan yang sama. Tapi bagaimana kita mengatur renatk langkah kitalah yang membezakan kita.

nukilan Mohd Ezzat Asyiq Azhar

No comments: