Hari ni, 8 mei 2008 berakhirnya kertas terakhir peperiksaan untuk semester kedua. Sememangnya lega bila dah berlalu segala sengsara menghafal semua term dalam buku teks. habis tepu kepala otak ni.
Hari bermula macam biasa, tapi lebih awal dari biasa. Berharap dapat bangun pukul 4pagi untuk sambung study, sesuatu yang tak mungkin berlaku. Oleh bukan kerana mimpi yang sangat tak menyeronokkan tu, dah pasti boleh bangun. Hurm, terpaksa bangun 5.30 dan mak sempat juga untuk melemparkan perli. Mak memang selalu begitu. Dalam keadaan yang tiga suku sedar, ku sempat mengulangkaji apa yang patut dan tak sangka otak ini boleh menerima bermacam input pada masa itu. Baru ku sedar bahawa benar apa yang selalu orang katakan; waktu yang paling afdal untuk menerima ilmu adalah awal-awal pagi sebelum subuh. Adakah ini boleh diterima oleh semua orang? atau hanya segelintir kita sahaja? atau juga hanya permainan minda? renung-renungkan.
Bertolak dari rumah tepat pukul 6.45 pagi. Masih awal lagi, jadi ku teruskan perjalanan dengan kelajuan yang perlahan. 110kph. Maksudku lebih perlahan daripada biasa. Namun, tepat pukul 7 a.m, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Akibat penangan nescafe yang dibancuh mak tadi, perut mula rasa memulas. Sangat tak tahan. Rentak perjalanan terpaksa ditukar. kelajuan yang perlahan tidak dapat membantu. Walaupun masih boleh tahan, tapi adalah lebih baik untuk sampai ke UiTM dengan cepat. Lebih selesa di situ. Seperti yang dijangka, sejam sahaja ku sudah selamat sampai ke UiTM.
Ada beberapa insiden menarik yang berlaku sebelum ku berangkat pulang, tapi tak seberapa menarik waktu ku sudah berangkat pulang.
Ok, sebelum pulang, aku bersama teman sebilikku, berpenat lelah membersihkan bilik. Yelah. dah habis semester. Kalau bilik tak kosong, memang pasti kena bayar saman. Bila dah selesai semua itu, dan setelah selesai mengucapkan selamat tinggal pada semua yang patut, tibalah masa untuk pulang. Satu perasaaan yang aneh bila aku mula menghidupkan enjin kereta. Bukan kereta nak meletup or enjin tak jalan. semuanya lancar. Tapi, pelik; sepanjang semester ini tidak ada perasaan lain yang ku inginkan selain mahu pulang ke rumah. Seperti disitu adalah pernjara. tapi petang itu lain yang kurasakan. sayu. ya. itulah ayat sebenar yang menggambarkan perasaan ku ketika itu. Mungkin selama ini ku tidak sedar yang tempat itulah dimana aku menimba masa depan. di situ juga tempat ku penuhi pengalaman. tempat di mana kami semua bergila-gila. tempat yang membawa semua jenis manusia yang pelbagai ragam di bawah satu bumbung. Kadang-kadang kita hanya mahu lihat apa yang paling hadapan, tapi jarak antara kita dengan yang paling hadapan sering diabaikan. Petang itu aku hanya mampu tersenyum, tersengeh seorangan.
Selamat tinggal Part 2.. Hello part 3..
idea
Thursday, May 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment