idea
Sunday, May 11, 2008
Iron lady
Hidup akan sunyi tanpa keluarga. Hidup takkan ceria tanpa rakan-rakan. Hidup takkan indah tanpa teman. dan, hidup takkan sempurna tanpa kasih seorang ibu. Saya percaya, setiap orang dilahirkan didunia ini dengan seorang ibu. Kalau tidak bagaimana kita boleh Lahir? bukan untuk menghina, tapi ini merupakan satu fakta yang sangat benar. Walau berapa banyak sekali pun ibu angkat yang kita ada, tetapi kita zahirnya hanya mempunyai seorang ibu sahaja. Ibu yang mengandungkan kita selama 9bulan dan menahan kesakitan ketika melahirkan kita.
Aku mempunyai seorang ibu. Zainon Hasanah bt Januri namanya. Cantik orangnya. Tambahan lagi, dia seorang yang sangat kuat dan rajin. Sangat cekal semangat yang dimilikinya. Sejak bergelar isteri, emak mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Mengambil alih tugas-tugas di rumah dan mendidik anak-anak. Membesarkan empat orang anak yang sangat nakal pada waktu kecil bukanlah satu tugas yang mudah. Segala karenah kami dilayan satu per satu tanpa mengabaikan yang lain. Semuanya mempunyai hak yang sama rata. Alhamdulillah, kami membesar dengan didikan agama, akademik dan akhlak yang berguna. Emak tak pernah kenal erti penat. tidurnya xpernah cukup. Kasih sayangnya pada tak pernah lapuk. semakin mekar di sudut hati nya. Setiap hari dia akan menghafal setiap rutin harian anaknya. Hebat. aku sungguh kagum dengan Kehebatan seorang ibu ini.
Emak tidak pernah megharapkan hadiah serta balasan dalam setiap pengorbanannya. Apa yang dia mahu hanyalah melihat anaknya membesar dengan menjadi seorang yang berguna dan tidak pernah lupa jasa kedua ibu bapanya. Biarlah setiap harinya tak cukup tidur, asalkan anak-anak selamat dan sentiasa tenang. Biarlah perutnya kurang diisi, asalkan anak-anaknya sentiasa kenyang dan sihat. Biarlah dirinya tidak dipenuhi kekayaan, asalkan anak-anak mendapat kebahagiaan.
Besar sungguh pengorbanan seorang ibu. Setiap perbuatannya diisi dengan kasih dan sayang yang sejati. Kadang-kadang kita tidak sedar semua itu. Mungkin kita hanya sedar pengorbanannya, tapi pernahkah kita selami keikhlasan hatinya? Tanyalah pada diri anda, kenapa kita sering menyakiti hati ibu? adakah ibu yang tidak memahami kita ataupun kita yang tidak memahami dirinya? dan tanyalah pada diri kita, apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan untuk dirinya? jikalau anda menjawab belajar bersungguh-sungguh. jawapan itu semestinya sudah basi. Fahamilah ibu anda, dan rasalah pengorbanan hidupnya hanya untuk kita.
Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua Ibu-ibu di dunia, dan kepada Pn. Zainon Hasanah bt Januri, anak mu ini meminta agar dihalalkan segala makan minum dan ampunkanlah dosa-dosa ejat. Ejat sayang MAk..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment