Powered By Blogger

idea

idea
kritik ku

Monday, June 30, 2008

P.ramlee : irama dan lagu + Aku : muzik dan lirik = BUNYI

Lagu/muzik merupakan suatu yang sangat relevan dengan kehidupan seharian kita kini. Dimana saja kita berada, kita akan selalu mendengar atau membunyikan sesuatu. Kehidupan kita ini umpama memerlukan irama untuk menggerakkan hari2 kita. Tapi sejauh mana kita kenal apa itu muzik/lagu? apa pendapat aku?

hurm.. (fikir jap)

Bagi aku la kan, lagu = muzik( irama + melodi) + lirik + PENGHAYATAN. Semua unsur ni merupakan komponen2 utama dalam menghasilkan lagu.

Muzik. Gabungan 2 komponen iaitu irama dan melodi untuk membentuk rentak serta haluan lagu itu. Namun muzik hanyalah muzik. Kita tak mungkin dapat memahami maksud keseluruhan lagu hanya kerana bunyi. Bunyi yang senang didengar atau kurang senang didengar. Sebab itu kita perlukan lirik.

Lirik. Ayat2 yang penuh puitis serta makna yang sangat mendalam. Menunjukkan jalan cerita dalam sebuah lagu. Memberi makna serta kaitan dengan maksud muzik. Boleh dikatakan sebagai plot.

Muzik dan lirik sahaja tak cukup kerana semua orang boleh tulis lirik, semua orang boleh buat bunyi. Oleh itu, Penghayatan adalah sangat penting dalam menghidupkan lagu itu. Lagu harus mempunyai makna agar boleh dihayati oleh kita yang mendengar. Penghayatan harus digunakan oleh 3 peringkat dalam industri ini.
-composer dan penulis lirik
-penyayi/penyampai
-pendengar


Seperti yang dapat kita lihat, kita sebagai pendengar merupakan lapisan paling bawah. Justeru merupakan lapisan yang paling besar pengaruhnya untuk menghakimi sesebuah lagu. Aku baru sedar. Setiap insividu tak sama. minat kita berlainan. Lagu adalah Universal. Kadang2 minat kita dalam sesuatu lagu tak bermaksud ia melambangkan diri kita. Lagu mungkin hanyalah hiburan, tapi maknanya jangan sekali kita abaikan. Jika maknanya bagus, kita hayati. Jika berunsurkan yang tidak sihat, kita lawan.

Sangat komplex untuk dihuraikan dengan lebih lanjut. Ini hanyalah fahaman aku. Aku seorang yang universal. Asalkan lagu tu sedap dan bermakna dari segi lirik atau muzik, aku layan. Siapa yang nyanyi bukanlah satu masalah besar. Kerana aku yang nak dengar. Bukan kome..

Saturday, June 28, 2008

Interesting 28th of june

Oleh kerana semalam terlalu letih, aku tak berkesempatan untuk update blog. It was a very interesting day for me. i hope my frens feel the same way too. Sedang budak2 semester baru mula melangkah masuk ke alam universiti, aku dan 3 orang lagi rakanku pergi menghiburkan hati yang duka masing2. haha.

Memandangkan kami tak berkesempatan untuk pergi ke URBANSCAPES yang berlansung di KLPAC, tapi kami masih lagi berseronok. Urbanscapes mungkin lebih seronok. Ada macam2 aktiviti yang lain daripada yang lain. Mungkin kami akan mendapat pengalaman yang kami tak pernah jangkakan. Mungkin kami terlepas semua itu, mungkin kami akan merasa rugi dengan pilihan kami, mungkinkah kami akan menyesal?? MUNGKIN.

Plan bermula apabila azeera dan izzati ingin pergi ke Pyramid untuk menonton wayang (made of honor). Azeera pun ajak la aku ikot sekali. Aku cakap aku dah tengok movie tu dah dengan Hana hari tu. Die kate, tak pe...dier nak belanja. Aku on je la. Aku pun ajak la arma sekali, memandangkan aku telah mengecewakan dirinya untuk tidak pergi ke urbanscapes. Dia pun on.

Semua macam biasa. Sementara menunggu wayang bermula, kami pergi memenuhkan perut masing2 di "Gasoline". Aku dan Arma baru pergi sekali hari tu dengan iqbal semua(banyak sangat nama nak sebut). we found that place has a very interesting consept. Plus the foods were delicious. Kami pun recommend la kat zera dan zati. Apa yang menarik tentang tempat tu ialah pekerja2 mereka akan menjerit "WELCOMEEE!!" semasa datang, dan "THANK YOUUU, GOOD BYEEE!!", setiap kali orang melangkah masuk dan melangkah keluar. Ini adalah satu strategi yang amat bernas kerana akan membuatkan orang rasa bersalah untuk melangkah keluar apabila setapak sudah berada di dalam restoran itu.

Lepas makan, mulalah masa untuk menonton wayang. Walaupun dah tengok sebelum ni, cerita tu masih lagi dapat membuatkan aku ketawa.Sweet betul cerita tu. Ada pengajaran dalam cerita tu. Klau kita nak jadikan orang tu pasangan hidup kita, pastikan kita mengenali diri masing dengan mendalam dulu. segala baik buruk, dalam dan luar.Semua tu penting supaya kelak kita takkan menyesal dalam hidup. Hidup untuk bahagia serta mencari keberkatan, bukan untuk disia-siakan.

Dah habis tengok wayang, kitorang buat la window shopping sikit2, lepas tu terus tak tau nak buat apa. Nak shopping, tapi masing2 tak ada duit. Jadi kitorang pun buat keputusan untuk pergi ke stadium MPPJ, tengok penyampai wanita HOT FM lawan Pendengar wanita. Sebelum tu kena hantar Zati dulu sebab dia tak boleh balik lambat. Tinggal hanya aku, arma dan zera untuk pergi ke satu tempat yang kitorang sendiri tak pasti seronok atau tak.

Sampai sahaja di stadium, kami dihiburkan oleh artis2 jemputan. Boleh la. Mula sahaja permainan, kami sudah mula tergelak. Cara mereka main sangat teruk dan kelakar. Kucar kacir. Namun begitu, kami sebenarnya sangat seronok. melihat gelagat mereka. Walaupun mereka hanya wanita, tapi semangat juang mereka sangat hebat. Mengingatkan diri aku bahawa ini kalah atau menang yang menjadi ukuran, tetapi keseronokan yang kita rasai. Sungguhpun Pasukan wanita HOT FM tewas 2-1 kepada pasukan lawan, saya harap mereka tetap seronok. Tepukan gemuruh kepada HOT FM kerana mampu merapatkan hubungan mereka dengan pendengar. Yang lebih seronok apabila aku dan arma mula menjadi pengulas bagi permainan itu (saja2).

Mungkin hari itu tidak lah sehebat mana, tapi keseronokan tetap dirasai. Kadang2 pilihan kita tak semestinya tepat, mungkin ada kurangnya, mungkin kita akan menyesal. Tapi tak guna kalau kita menyesal, kerana kita selalu ada peluang untuk menikmati apa pun pilihan kita. Hidup ini mungkin bukan selalunya indah, tapi biarlah setiap aa yang terjadi itu menjadi kenangan bermakna dalam hidup kita.

Friday, June 27, 2008

Betul ke Hidup ni Bosan??

Aku melayari "my space" awal pagi tadi, dan mendapati sesuatu yang amat menarik pehatian. Salah seorang pengguna "myspace" Bertanya pada dirinya sendiri : kenapa hidup ni bosan sangat??

Aku merasakan itu merupakan satu penyataan yang amat bodoh sekali. Hidup ni bosan ke?? habis tu, nak mati?? bodoh kan. Kita ni selalunya memang tak fikir dulu apa yang kita nak buat. Kita rasa nak buat macam ni, kita buat macam ni. kita rasa nak buat macam tu, kita buat la macam tu. Sebab tu keluar pepatah "ikot rasa, binasa.. ikot hati, mati..". Apa gunanya kita dikurniakan Akal fikiran oleh Allah SWT kalau kita tak pakai??! Bila kita cakap/bertanya kenapa hidup ni BOSAN, kita secara lahiriahnya tidak bersyukur dengan kehidupan kita. Lebih teruk lagi kita macam melupakan diri kita kepada Allah SWT. Cuba kita renung kembali.

Ada sebab kenapa aku tulis post ni. Mungkin kita ni semua pernah berfikir macam tu. Tapi semasa khutbah jumaat pada hari ini yang berkisarkan tentang akhlak remaja sekarang, aku mula sedar. Hisup ini sebenarnya tak pernah bosan tapi hanya kita yang malas. Khutbah tadi penuh dengan isi bernas. Sekaligus menyedarkan yang aku ni sebenarnya memang pemalas. Kita sering merungut tentang "masalah ini", "tak puas hati itu". Namun pernahkah kita berfikir bagaimana untuk mengatasi semua itu?? bila bosan, terus tidur. Macam mana la otak nak berkembang? adoi..

Mungkin kita tak sedar yang kat rumah ada banyak benda yang boleh kita buat. As for example, tolong mak buat kerja rumah. Kan berfaedah tu, tambah pahala pulak tu. It is really a good thing u know.

Masa itu emas. emas tu nilainya tinggi. hilang satu emas, hilang nilainya. begitulah hidup kita ini.

Ingat 5 perkara. sihat sebelum sakit. kaya sebelum miskin. muda sebelum tua. hidup sebelum mati. lapang sebelum sempit.

My quote. Pengisian yang bermakna dilakukan dengan tujuan yang sempurna. Jangan biarkan fikiran kita disia-siakan.

Thursday, June 26, 2008

Finding Satisfaction in "US"

Dalam usaha untuk mencari kegembiraan dalam hidup, orang kata kita perlu cari satu kepuasan. Kepuasan macam mana?? Setiap orang sememangnya mempunyai personaliti yang berbeza. ramai dah cakap macam tu. kita semua ni tak sama. Mungkin ada sikit yang sama, tapi kita ni memang berbeza.

Susah woo mau explain.

just make it straight. Kritikan dapripada orang lain merupakan sesuatu yang positif. Tak pernah ada yang negatif. Hidup kita hari2 akan kena kritik. "bagus" "salah" "mungkin patut itu" "mungkin patut ini". Tapi diri kita sering ambil temeh dengan segala kritikan. Kita akui diri kita bagus jika ada orang akan puji kita, dan kita akan rasa hampa bler orang kata kita teruk.

As i was saying. everything is positive. Ambil semua kritikan, masukkan dalam input positif = positif la jadinya. Kadang2 kita terlalu amik berat dengan segala kritikan hingga keliru dengan personaliti kita sendiri, dan hilang arah tuju.

My advice. Jadi diri sendiri. Jika anda SUKA GILA dengan apa yang anda buat (benda yang baik), sila teruskan. Kalau anda rasa tidak melanggar mana2 peraturan, apa salahnya anda buat. hidup kita ini susah untuk membuat orang lain gembira. Tapi jika anda mampu membuat diri anda gembira, mungkin yang lain akan gembira untuk anda.

My Quote. tiada yang lebih. semuanya kurang. tapi untuk menjadi sama rata, kurangkan yang lebih, lebihkan yang kurang. di situ kita akan merasa kepuasannya.

Wednesday, June 25, 2008

hari itu sama seperti hari yang lain


Aku lalui hari-hari ku sperti biasa.
Hari2 ku tak pernah berubah.
tiada keistimewaan pada hari yang istimewa.
Kondisi diriku bukan lagi seperti dulu.
Saban hari aku menghitung saat untuk diriku rebah.
Aku tak bisa bangun untuk mencari kelainan, kerana aku sudah tidak lagi bermaya.
Ini bukan lah satu puisi hati.
Juga bukan luahan nurani.
kau yang aku terus menunggu, akan ku terus tunggu.
Berilah aku kekuatan-Mu.
Izinkan aku fahami erti hidup itu sebelum ku tidur.
Hadirlah kalian membantu aku.
Aku tetap akn menjadi aku.
kerana aku tetap aku.
Hari itu..
tetap sama seperti aku..

Sunday, June 1, 2008

family di langkawi

Seronok!! hurm.. cam ner nak mule ek?? okeh.. isnin lepas, aku bersama keluarga pergi bercuti ke langkawi sempena cuti sekolah. Malangnya kakak tidak ada bersama kami. To be honest, dah lama kami tak pergi bercuti sekeluarga ke tempat yang seronok begini.

Part yang paling best is makan!! mana je kami pergi, makan mesti puas. Aku berasa sangat lega. Bukan kerana apa, tapi lega dapat melihat kami sekeluarga dapat meluangkan masa bersama bergembira. Kini baru ku sedar bahawa keluarga yang kita ada sekarang adalah yang terbaik. Mungkin kadang-kadang kita berasa geram dan menyampah atas segala masalah yang menimpa. Namun bagi ku, masalah hanya sebagai dugaan dan ujian sahaja. Tapi, kegembiraan sebuah keluarga adalah satu memori bahagia dalam kehidupan.

Nukilan: Ezzat Asyiq Azhar

More picture, pliz visit my fotopages.