Powered By Blogger

idea

idea
kritik ku

Sunday, May 25, 2008

Menjadi diriku

18 tahun dalam kehidupan yang penuh suka duka ini, banyak yang telah kupelajari. Aku hanya seperti insan yang lain; naif pada permulaan hidup. Orang kata, makin jauh kita berjalan dalam hidup ini, makin matang diri kita. Mungkin ada benar kata bijak pandai itu. Namun, aku mempunyai pandangan yang berbeza.

Dari sudut persepsi aku, kematangan tak mungkin hadir tanpa kesedaran, dan kesedaran takkan muncul tanpa berfikir. Begitulah tanggapanku tentang "matang". Walau berapa jauh sekalipun kita berjalan, tapi kalau tak pernah sekali pun kita berfikir segala kebaikan serta keburukan daripada perjalanan kita, kita tetap kosong. Jika perjalanan kita kosong, tanpa cabaran, bila kita akan menjadi matang dalam kehidupan.

Setiap langkah yang kita ambil, haruslah ada satu harapan. Setiap langkah itu, bakal menimpa dugaan. Setiap langkah itu perlu sentiasa mara ke hadapan. Berilah erti dalam langkah-langkah kita. Supaya erti-erti itu mampu membantu kita untuk membezakan antara sempadan baik dan buruk. Kita telah dikurniakan akal. Anugerah Allah yang sangat tidak ternilai. berfikirlah untuk mencari jawapan. dan jawapan kita hanya satu. Allah.

Aku akan terus menjadi diriku. Mencari apa yang perlu dalam hidup ini supaya dapat menjadi bekalan akhirat ku. Aku akan terus melangkah. Agar setiap langkah tidak menyesatkan aku, malah akan mendewasakan aku. Kita semua sama. Berjalan dalam jalan yang sama. Tapi bagaimana kita mengatur renatk langkah kitalah yang membezakan kita.

nukilan Mohd Ezzat Asyiq Azhar

Friday, May 23, 2008

Greatest Teacher Ever



Cikgu. hurm. Biasenye cikgu diperkatakan "comes after your parents" and that is so true. Sejak dari tadika hingga ke sekolah menengah, bermacam cikgu telah ku temui. Banyak cikgu yang telah mengajar aku. Mengajar aku membaca, mengira, menari, menyanyi, berfikir, dan macam-macamlah. Panjang pulak nak list semua.

Well, Puan Sarinah is different than any other teachers. erm.. Bermula pada tahun 2004, dimana pada awal permulaan pertemuan atlit sekolah SMK USJ 12 bertemu dengan coach yang paling berkaliber dalam dunia. Mungkin bunyi macam lebih, but what the heck.. It's true for me anyway.. Puan Sarinah telah menyemarakkan nama SMK USJ 12 dalam sukan olahraga dan bola jaring hanya dalam masa lima tahun saja.

Sesuatu yang berlainan daripada cikgu2 yang lain, puan sarinah mengajar aku erti kehidupan. Bagaimana aku harus survive dalam hidup ini.. Dia lah yang nampak bakat ku yang selama ini terpendam. She see in me. Semangat dan kepercayaan yang ada dalam diri beliau membuatkan kami semua berasa amat teruja dalam bersama-sama mengharumkan nama sekolah.

Setelah 5 tahun berjasa pada sekolah, tahun 2008, SMK USj 12 merupakan pasukan gergasi di daerah petaling dan begitu juga pasukan bola jaring. Kini, beliau harus pergi meninggalkan sekolah kerana harus mengikut suaminya ke Perak. Satu kehilangan dalam hidup kami. Beiaulah yang menyatukan kami tanpa mengira bangsa. Kami satu keluarga begitu rapat kerana satu sukan dan kerana Puan Sarinah Kasbi.

Cikgu, perjuangan cikgu akan saya teruskan. Segala jasamu akan ku kenang. Ini merupakan satu kehidupan. Lumrahnya akan sering kita jumpa. terima kasih atas segala pengorbanan cikgu. Saya dan adik2 akan sambung perjuangan cikgu di sini dan di mana sahaja kami berada.

nukilan.. Mohd Ezzat Asyiq Azhar

for more picta : http://www.flickr.com/photos/asyiq2-ejat

Monday, May 12, 2008

Ezzat!! kenapa B.M?? why not in English?

hehey.. salam.. Mungkin kamu yang masuk ke blog saya mula berasa janggal kerana mendapati saya menulis nukilan saya dalam bahasa melayu. Tidak mengapa. Mungkin anda menyangka bahawa bahasa Inggeris saya tidak begitu hebat. Mungkin juga anda akan menyangka saya seorang yang jiwang. Mungkin benar, mungkin juga tidak. Tapi apa yang pasti, saya selesa menulis dalam bahasa kebangsaan kita. Saya akan menjadi lebih ekspressif dalam bahasa melayu. I may not very good in english, but i do can write in english. It just that i'm better using my super duper words in B.M.

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat indah puitisnya. Setiap sebutan yang diberikan memudahkan kita untuk bertutur dalam bahasa lain dengan mudah kerana lidah kita telahpun dilatih untuk memudahkan penyebutan. Kita sebagai bangsa Melayu lah yang harus membanggakan bahasa kebangsaan kita ini. Namun ada sesetengah kita yang berfikiran cetek dan merasakan jika bertutur dalam bahasa melayu merupakan satu tamadun yang mundur. Kenapa harus kita berfikiran sebegitu? Jika kita boleh Mat Saleh boleh berkarya dengan menggunakan bahasa berbunga-bunga dalam bahasa Inggeris, kenapa kita (orang Melayu sendiri) dihina serta dipandang rendah jika berkarya dalam bahasa Melayu? Yang lebih menyedihkan, mereka yang memandang rendah itu juga berbangsa Melayu. Ini adalah tidak adil sama sekali.

Mat Saleh berkarya dalam bahasa Inggeris kerana itu adalah bahasa mereka dan itu sahaja bahasa mereka tahu. Kita?? Renungkanlah wahai kalian. Saya bukan hendak menghalang anda menulis atau mempelajari bahasa lain, kerana itu merupakan satu amalan mulia. Tapi janganlah kita lupa serta merasakan bahasa melayu kita merupakan bahasa yang janggal. Berasa banggalah dengan berbahasa Melayu. Saya mungkin seorang yang jiwang dan tidak hebat berbahasa Inggeris. Saya tidak kisah dilabelkan sebegitu, kerana saya bangga. Walau apa pun, biar saya sahaja yang tahu apa sebenarnya diri saya. Mereka tidak akan dapat menjatuhkan aku kerana minda aku tak bisa dijajah lagi.

Sunday, May 11, 2008

Iron lady


Hidup akan sunyi tanpa keluarga. Hidup takkan ceria tanpa rakan-rakan. Hidup takkan indah tanpa teman. dan, hidup takkan sempurna tanpa kasih seorang ibu. Saya percaya, setiap orang dilahirkan didunia ini dengan seorang ibu. Kalau tidak bagaimana kita boleh Lahir? bukan untuk menghina, tapi ini merupakan satu fakta yang sangat benar. Walau berapa banyak sekali pun ibu angkat yang kita ada, tetapi kita zahirnya hanya mempunyai seorang ibu sahaja. Ibu yang mengandungkan kita selama 9bulan dan menahan kesakitan ketika melahirkan kita.

Aku mempunyai seorang ibu. Zainon Hasanah bt Januri namanya. Cantik orangnya. Tambahan lagi, dia seorang yang sangat kuat dan rajin. Sangat cekal semangat yang dimilikinya. Sejak bergelar isteri, emak mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Mengambil alih tugas-tugas di rumah dan mendidik anak-anak. Membesarkan empat orang anak yang sangat nakal pada waktu kecil bukanlah satu tugas yang mudah. Segala karenah kami dilayan satu per satu tanpa mengabaikan yang lain. Semuanya mempunyai hak yang sama rata. Alhamdulillah, kami membesar dengan didikan agama, akademik dan akhlak yang berguna. Emak tak pernah kenal erti penat. tidurnya xpernah cukup. Kasih sayangnya pada tak pernah lapuk. semakin mekar di sudut hati nya. Setiap hari dia akan menghafal setiap rutin harian anaknya. Hebat. aku sungguh kagum dengan Kehebatan seorang ibu ini.

Emak tidak pernah megharapkan hadiah serta balasan dalam setiap pengorbanannya. Apa yang dia mahu hanyalah melihat anaknya membesar dengan menjadi seorang yang berguna dan tidak pernah lupa jasa kedua ibu bapanya. Biarlah setiap harinya tak cukup tidur, asalkan anak-anak selamat dan sentiasa tenang. Biarlah perutnya kurang diisi, asalkan anak-anaknya sentiasa kenyang dan sihat. Biarlah dirinya tidak dipenuhi kekayaan, asalkan anak-anak mendapat kebahagiaan.

Besar sungguh pengorbanan seorang ibu. Setiap perbuatannya diisi dengan kasih dan sayang yang sejati. Kadang-kadang kita tidak sedar semua itu. Mungkin kita hanya sedar pengorbanannya, tapi pernahkah kita selami keikhlasan hatinya? Tanyalah pada diri anda, kenapa kita sering menyakiti hati ibu? adakah ibu yang tidak memahami kita ataupun kita yang tidak memahami dirinya? dan tanyalah pada diri kita, apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan untuk dirinya? jikalau anda menjawab belajar bersungguh-sungguh. jawapan itu semestinya sudah basi. Fahamilah ibu anda, dan rasalah pengorbanan hidupnya hanya untuk kita.

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua Ibu-ibu di dunia, dan kepada Pn. Zainon Hasanah bt Januri, anak mu ini meminta agar dihalalkan segala makan minum dan ampunkanlah dosa-dosa ejat. Ejat sayang MAk..

Hana is going to Matrix

"Hai!" laungan bila kita bertemu dan "bye" sering digunakan bila kita berpisah. Perpisahan. Banyak yang boleh diperkatakan dalam konsep perpisahan. Berpisah dalam hubungan, berpisah kerana terpaksa pergi ke tempat yang jauh, dan juga berpisah nyawa. Apa yang aku ingin tulis sama sekali tidak ada kaitan dengan senarai di atas. Ia mungkin lebih komplex sikit untuk dijelaskan.

Sesungguhnya kehidupan tidak boleh lepas dengan babak perpisahan. Ia sememangnya sering disinonimkan dengan rasa Sedih. tapi pernahkan kita berpisah tanpa rasa sedih? Pernahkah kita berpisah tanpa rasa ragu2? dan pernahkah kita berpisah dan apa yang kita rasa hanyalah ketenangan?

Hidup ini panjang. Setiap apa yang terjadi sememangnya ada sebab musabab yang tertentu. Namun janganlah kita cuba untuk mengubahnya agar ia sentiasa menyebelahi kita, dan akibatnya tiada apa yang kita dapat di penghujungnya. Setiap cerita sudahpun ditulis, dan kita hanya perlu memainkan watak sahaja. Bak kata orang putih, "we just go with the flow". Redha lah apa sahaja yang berlaku kerana mugkin itu adalah masa depan yang bakal membawa kebahagiaan dalam hidup setiap individu. Apa salahnya menunggu? Biar dia teruskan apa yang harus diteruskan, dan biar kita jalan di jalan yang berbeza. Namun aku tahu, apapun yang akan berlaku, hati kami tetap satu.

Thursday, May 8, 2008

End of Semester 2

Hari ni, 8 mei 2008 berakhirnya kertas terakhir peperiksaan untuk semester kedua. Sememangnya lega bila dah berlalu segala sengsara menghafal semua term dalam buku teks. habis tepu kepala otak ni.

Hari bermula macam biasa, tapi lebih awal dari biasa. Berharap dapat bangun pukul 4pagi untuk sambung study, sesuatu yang tak mungkin berlaku. Oleh bukan kerana mimpi yang sangat tak menyeronokkan tu, dah pasti boleh bangun. Hurm, terpaksa bangun 5.30 dan mak sempat juga untuk melemparkan perli. Mak memang selalu begitu. Dalam keadaan yang tiga suku sedar, ku sempat mengulangkaji apa yang patut dan tak sangka otak ini boleh menerima bermacam input pada masa itu. Baru ku sedar bahawa benar apa yang selalu orang katakan; waktu yang paling afdal untuk menerima ilmu adalah awal-awal pagi sebelum subuh. Adakah ini boleh diterima oleh semua orang? atau hanya segelintir kita sahaja? atau juga hanya permainan minda? renung-renungkan.

Bertolak dari rumah tepat pukul 6.45 pagi. Masih awal lagi, jadi ku teruskan perjalanan dengan kelajuan yang perlahan. 110kph. Maksudku lebih perlahan daripada biasa. Namun, tepat pukul 7 a.m, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Akibat penangan nescafe yang dibancuh mak tadi, perut mula rasa memulas. Sangat tak tahan. Rentak perjalanan terpaksa ditukar. kelajuan yang perlahan tidak dapat membantu. Walaupun masih boleh tahan, tapi adalah lebih baik untuk sampai ke UiTM dengan cepat. Lebih selesa di situ. Seperti yang dijangka, sejam sahaja ku sudah selamat sampai ke UiTM.

Ada beberapa insiden menarik yang berlaku sebelum ku berangkat pulang, tapi tak seberapa menarik waktu ku sudah berangkat pulang.

Ok, sebelum pulang, aku bersama teman sebilikku, berpenat lelah membersihkan bilik. Yelah. dah habis semester. Kalau bilik tak kosong, memang pasti kena bayar saman. Bila dah selesai semua itu, dan setelah selesai mengucapkan selamat tinggal pada semua yang patut, tibalah masa untuk pulang. Satu perasaaan yang aneh bila aku mula menghidupkan enjin kereta. Bukan kereta nak meletup or enjin tak jalan. semuanya lancar. Tapi, pelik; sepanjang semester ini tidak ada perasaan lain yang ku inginkan selain mahu pulang ke rumah. Seperti disitu adalah pernjara. tapi petang itu lain yang kurasakan. sayu. ya. itulah ayat sebenar yang menggambarkan perasaan ku ketika itu. Mungkin selama ini ku tidak sedar yang tempat itulah dimana aku menimba masa depan. di situ juga tempat ku penuhi pengalaman. tempat di mana kami semua bergila-gila. tempat yang membawa semua jenis manusia yang pelbagai ragam di bawah satu bumbung. Kadang-kadang kita hanya mahu lihat apa yang paling hadapan, tapi jarak antara kita dengan yang paling hadapan sering diabaikan. Petang itu aku hanya mampu tersenyum, tersengeh seorangan.

Selamat tinggal Part 2.. Hello part 3..