idea

idea
kritik ku

Monday, June 30, 2008

P.ramlee : irama dan lagu + Aku : muzik dan lirik = BUNYI

Lagu/muzik merupakan suatu yang sangat relevan dengan kehidupan seharian kita kini. Dimana saja kita berada, kita akan selalu mendengar atau membunyikan sesuatu. Kehidupan kita ini umpama memerlukan irama untuk menggerakkan hari2 kita. Tapi sejauh mana kita kenal apa itu muzik/lagu? apa pendapat aku?

hurm.. (fikir jap)

Bagi aku la kan, lagu = muzik( irama + melodi) + lirik + PENGHAYATAN. Semua unsur ni merupakan komponen2 utama dalam menghasilkan lagu.

Muzik. Gabungan 2 komponen iaitu irama dan melodi untuk membentuk rentak serta haluan lagu itu. Namun muzik hanyalah muzik. Kita tak mungkin dapat memahami maksud keseluruhan lagu hanya kerana bunyi. Bunyi yang senang didengar atau kurang senang didengar. Sebab itu kita perlukan lirik.

Lirik. Ayat2 yang penuh puitis serta makna yang sangat mendalam. Menunjukkan jalan cerita dalam sebuah lagu. Memberi makna serta kaitan dengan maksud muzik. Boleh dikatakan sebagai plot.

Muzik dan lirik sahaja tak cukup kerana semua orang boleh tulis lirik, semua orang boleh buat bunyi. Oleh itu, Penghayatan adalah sangat penting dalam menghidupkan lagu itu. Lagu harus mempunyai makna agar boleh dihayati oleh kita yang mendengar. Penghayatan harus digunakan oleh 3 peringkat dalam industri ini.
-composer dan penulis lirik
-penyayi/penyampai
-pendengar


Seperti yang dapat kita lihat, kita sebagai pendengar merupakan lapisan paling bawah. Justeru merupakan lapisan yang paling besar pengaruhnya untuk menghakimi sesebuah lagu. Aku baru sedar. Setiap insividu tak sama. minat kita berlainan. Lagu adalah Universal. Kadang2 minat kita dalam sesuatu lagu tak bermaksud ia melambangkan diri kita. Lagu mungkin hanyalah hiburan, tapi maknanya jangan sekali kita abaikan. Jika maknanya bagus, kita hayati. Jika berunsurkan yang tidak sihat, kita lawan.

Sangat komplex untuk dihuraikan dengan lebih lanjut. Ini hanyalah fahaman aku. Aku seorang yang universal. Asalkan lagu tu sedap dan bermakna dari segi lirik atau muzik, aku layan. Siapa yang nyanyi bukanlah satu masalah besar. Kerana aku yang nak dengar. Bukan kome..

2 comments:

Alltvmas said...

Takrifkan universal...sejauh mana tahap universal anda dalam mendengar muzik?

ezzat asyiq said...

lagu tamil, kalau sedap pun aku layan!!