Powered By Blogger

idea

idea
kritik ku

Saturday, June 28, 2008

Interesting 28th of june

Oleh kerana semalam terlalu letih, aku tak berkesempatan untuk update blog. It was a very interesting day for me. i hope my frens feel the same way too. Sedang budak2 semester baru mula melangkah masuk ke alam universiti, aku dan 3 orang lagi rakanku pergi menghiburkan hati yang duka masing2. haha.

Memandangkan kami tak berkesempatan untuk pergi ke URBANSCAPES yang berlansung di KLPAC, tapi kami masih lagi berseronok. Urbanscapes mungkin lebih seronok. Ada macam2 aktiviti yang lain daripada yang lain. Mungkin kami akan mendapat pengalaman yang kami tak pernah jangkakan. Mungkin kami terlepas semua itu, mungkin kami akan merasa rugi dengan pilihan kami, mungkinkah kami akan menyesal?? MUNGKIN.

Plan bermula apabila azeera dan izzati ingin pergi ke Pyramid untuk menonton wayang (made of honor). Azeera pun ajak la aku ikot sekali. Aku cakap aku dah tengok movie tu dah dengan Hana hari tu. Die kate, tak pe...dier nak belanja. Aku on je la. Aku pun ajak la arma sekali, memandangkan aku telah mengecewakan dirinya untuk tidak pergi ke urbanscapes. Dia pun on.

Semua macam biasa. Sementara menunggu wayang bermula, kami pergi memenuhkan perut masing2 di "Gasoline". Aku dan Arma baru pergi sekali hari tu dengan iqbal semua(banyak sangat nama nak sebut). we found that place has a very interesting consept. Plus the foods were delicious. Kami pun recommend la kat zera dan zati. Apa yang menarik tentang tempat tu ialah pekerja2 mereka akan menjerit "WELCOMEEE!!" semasa datang, dan "THANK YOUUU, GOOD BYEEE!!", setiap kali orang melangkah masuk dan melangkah keluar. Ini adalah satu strategi yang amat bernas kerana akan membuatkan orang rasa bersalah untuk melangkah keluar apabila setapak sudah berada di dalam restoran itu.

Lepas makan, mulalah masa untuk menonton wayang. Walaupun dah tengok sebelum ni, cerita tu masih lagi dapat membuatkan aku ketawa.Sweet betul cerita tu. Ada pengajaran dalam cerita tu. Klau kita nak jadikan orang tu pasangan hidup kita, pastikan kita mengenali diri masing dengan mendalam dulu. segala baik buruk, dalam dan luar.Semua tu penting supaya kelak kita takkan menyesal dalam hidup. Hidup untuk bahagia serta mencari keberkatan, bukan untuk disia-siakan.

Dah habis tengok wayang, kitorang buat la window shopping sikit2, lepas tu terus tak tau nak buat apa. Nak shopping, tapi masing2 tak ada duit. Jadi kitorang pun buat keputusan untuk pergi ke stadium MPPJ, tengok penyampai wanita HOT FM lawan Pendengar wanita. Sebelum tu kena hantar Zati dulu sebab dia tak boleh balik lambat. Tinggal hanya aku, arma dan zera untuk pergi ke satu tempat yang kitorang sendiri tak pasti seronok atau tak.

Sampai sahaja di stadium, kami dihiburkan oleh artis2 jemputan. Boleh la. Mula sahaja permainan, kami sudah mula tergelak. Cara mereka main sangat teruk dan kelakar. Kucar kacir. Namun begitu, kami sebenarnya sangat seronok. melihat gelagat mereka. Walaupun mereka hanya wanita, tapi semangat juang mereka sangat hebat. Mengingatkan diri aku bahawa ini kalah atau menang yang menjadi ukuran, tetapi keseronokan yang kita rasai. Sungguhpun Pasukan wanita HOT FM tewas 2-1 kepada pasukan lawan, saya harap mereka tetap seronok. Tepukan gemuruh kepada HOT FM kerana mampu merapatkan hubungan mereka dengan pendengar. Yang lebih seronok apabila aku dan arma mula menjadi pengulas bagi permainan itu (saja2).

Mungkin hari itu tidak lah sehebat mana, tapi keseronokan tetap dirasai. Kadang2 pilihan kita tak semestinya tepat, mungkin ada kurangnya, mungkin kita akan menyesal. Tapi tak guna kalau kita menyesal, kerana kita selalu ada peluang untuk menikmati apa pun pilihan kita. Hidup ini mungkin bukan selalunya indah, tapi biarlah setiap aa yang terjadi itu menjadi kenangan bermakna dalam hidup kita.

3 comments:

Ammar Lutfi said...

OMG! Best giler hari kau, tgk wayang [my fav actor], gi makan luar, gi tgk org main bola...what a day! Seronoknya!

ezzat asyiq said...

hahaha.. agk la.. sbnrnyer biase jer.. tp ntah.. raser seronok gler..

Anonymous said...

hmmm awk pg ea tgk penyampai hotfm tu men bola..
sy pg,,tp x nmpk awak pun..
hmmm
stadium tu bsa kot..harhar