Powered By Blogger

idea

idea
kritik ku

Friday, June 27, 2008

Betul ke Hidup ni Bosan??

Aku melayari "my space" awal pagi tadi, dan mendapati sesuatu yang amat menarik pehatian. Salah seorang pengguna "myspace" Bertanya pada dirinya sendiri : kenapa hidup ni bosan sangat??

Aku merasakan itu merupakan satu penyataan yang amat bodoh sekali. Hidup ni bosan ke?? habis tu, nak mati?? bodoh kan. Kita ni selalunya memang tak fikir dulu apa yang kita nak buat. Kita rasa nak buat macam ni, kita buat macam ni. kita rasa nak buat macam tu, kita buat la macam tu. Sebab tu keluar pepatah "ikot rasa, binasa.. ikot hati, mati..". Apa gunanya kita dikurniakan Akal fikiran oleh Allah SWT kalau kita tak pakai??! Bila kita cakap/bertanya kenapa hidup ni BOSAN, kita secara lahiriahnya tidak bersyukur dengan kehidupan kita. Lebih teruk lagi kita macam melupakan diri kita kepada Allah SWT. Cuba kita renung kembali.

Ada sebab kenapa aku tulis post ni. Mungkin kita ni semua pernah berfikir macam tu. Tapi semasa khutbah jumaat pada hari ini yang berkisarkan tentang akhlak remaja sekarang, aku mula sedar. Hisup ini sebenarnya tak pernah bosan tapi hanya kita yang malas. Khutbah tadi penuh dengan isi bernas. Sekaligus menyedarkan yang aku ni sebenarnya memang pemalas. Kita sering merungut tentang "masalah ini", "tak puas hati itu". Namun pernahkah kita berfikir bagaimana untuk mengatasi semua itu?? bila bosan, terus tidur. Macam mana la otak nak berkembang? adoi..

Mungkin kita tak sedar yang kat rumah ada banyak benda yang boleh kita buat. As for example, tolong mak buat kerja rumah. Kan berfaedah tu, tambah pahala pulak tu. It is really a good thing u know.

Masa itu emas. emas tu nilainya tinggi. hilang satu emas, hilang nilainya. begitulah hidup kita ini.

Ingat 5 perkara. sihat sebelum sakit. kaya sebelum miskin. muda sebelum tua. hidup sebelum mati. lapang sebelum sempit.

My quote. Pengisian yang bermakna dilakukan dengan tujuan yang sempurna. Jangan biarkan fikiran kita disia-siakan.

2 comments:

Ammar Lutfi said...

---rasa cam nak reply plak post kau ni dalam blog aku---may I?

ezzat asyiq said...

hahaha..silakan..