Filem Sepi harus diberi Bintang penuh yang amat cerah sekali. Kredit harus diberikan kepada pengarah serta penulis skripnya kerana mampu menghasilkan filem yang sangat bernas ini. Aku sungguh terpegun menonton cerita ini.
Hari ini blur seperti biasa. Sambil buntu dengan apa yang harus aku buat, tiba2 muncul satu idea bernas. Aku capai telefon, terus ajak put tengok cerita SEPI. Aku dah lama tak tengok filem melayu ni. Asyik2 Holywood. Bosan dah. Aku ajak Put pun sebab dia seorang jer yang minat tengok cerita melayu. yang lain?? masih ada yang typical minded. Bagi aku, filem industri kita bukan untuk dikritik, tetapi untuk disokong. Tak kiralah filem itu best atau tidak, kerana mereka sudah pun cuba sebaik mungkin. JAngan pandang serong hanya kerana satu filem. Everyone deserve a second chance. Bagaimana industri kita hendak maju jika bukan kita yang support?? sedar2 la kawanss..
Ok. back to SEPI. GEMPAQ WEYH!!! Geram aku tgk cerita ni. Kepuasan. Yes. thats the right word. Cerita ni sangat memenuhi citarasa aku. orang lain aku tak tau la. Semua ada. Kelakar, sedih, keliru, mesej yang bernas, tema yang kena, susunan cerita yang teratur, romantik, dan banyak lagi. tengok sendiri baru faham. Aku cerita sikit la konsep dia. ada 3 kisah cinta yang disatukan dalam satu insiden yang tidak sengaja. Mungkin kalian akan ingat sama ja macam cerita CINTA. tidak!! tidak sama sekali. Mungkin konsep agak sama. tapi ini adalah lain. Pelakon2 bijak memainkan watak. Pemilihan lokasi juga sangat bernas.
Satu penghargaan dalam industri perfileman kita. Evolusi ini akan terus berkembang menjadi satu revolusi. Kita yang menonton, sokonglah. Kita juga hebat seperti Hollywood. Jangan abaikan bangsa kita sendiri.
idea
Tuesday, July 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment