Powered By Blogger

idea

idea
kritik ku

Thursday, July 3, 2008

Keeping the Originality



looking for originality? haha.. Atas permintaan ramai, post gambar baru aku kat fotopages dikekalkan keasliannya. hahaha. Yang "my view design" tu mmg wajib ade dalam setiap gambar. hehehe. Feel free to visit my fotopages. I'm happy if u can leave ur comment there. tq. btw, post yg terbaru tu diberi tajuk "hari yang pelik bagi kami". Aku suka. hohoho.

adios. nak balik melaka dah. tuggguuu. i will keep posting.

Wednesday, July 2, 2008

Apa nak jadi dengan aku ni??


Hari tu aku dan family pergi rumah mak cik aku a.k.a kakak kepada mak aku di petaling jaya. Tak jauh mana pun rumah dia tu. Mak cik aku tu aku panggil "ibu". Jangan tanya kenapa sebab dari kecik memang dah biasa.

Kami ke sana pun tak ada hal penting. Hanya untuk melawat.. Lagipun ada baby. Anak cousin aku. Comel gile anak dia. Aku pun ambil kesempatan menangkap gambar dia sebanyak mungkin. Family dia pun ada request suruh buat album. Aku kata nanti2 la. Tapi tu bukan tujuan utama post ni pun.

Aku tertarik dengan laman rumah ibu. Penuh dengan bunga2. warna-warni betol pemandangan. Aku geram lalu memulakan langkah sebagai "poyo-grapher". haha. i took a lot of shots and both up there adalah example. Ibu kata ibu nak gambar2 tu. aku pun bagi la.

Ibu kata, ibu nanti nak buat buku pasal bunga bila dah pencen nanti, boleh la ejat jadi photographernya.

haha.. aku tergelak. aku pun tak tau kenapa aku gelak. Padahal ibu serius. Lepas beberapa hari aku terfikir, should i take photography as serious matter??

Hurm.. InsyaAllah. aku akan teruskan apa yang aku buat untuk masa ini. Kalau ada rezeki, ada la. Banyak lagi perlu aku belajar sebenarnya. Aku seronok begini. Buat sesuatu yang aku minat.

tapi.. sampai bila?

Aku pun tak tau bila. Bila dah tiba nanti, tiba la. Jom kita tunggu sama2. Aku dengan korang semua sama je. haha.


mesej ringkas : kawan aku, "arma da sexy monster" suruh masukkan nama dia dalam latest post. hahaha. happy now MA?? haha

Tuesday, July 1, 2008

Sepi = Full Bright Star Given

Filem Sepi harus diberi Bintang penuh yang amat cerah sekali. Kredit harus diberikan kepada pengarah serta penulis skripnya kerana mampu menghasilkan filem yang sangat bernas ini. Aku sungguh terpegun menonton cerita ini.

Hari ini blur seperti biasa. Sambil buntu dengan apa yang harus aku buat, tiba2 muncul satu idea bernas. Aku capai telefon, terus ajak put tengok cerita SEPI. Aku dah lama tak tengok filem melayu ni. Asyik2 Holywood. Bosan dah. Aku ajak Put pun sebab dia seorang jer yang minat tengok cerita melayu. yang lain?? masih ada yang typical minded. Bagi aku, filem industri kita bukan untuk dikritik, tetapi untuk disokong. Tak kiralah filem itu best atau tidak, kerana mereka sudah pun cuba sebaik mungkin. JAngan pandang serong hanya kerana satu filem. Everyone deserve a second chance. Bagaimana industri kita hendak maju jika bukan kita yang support?? sedar2 la kawanss..

Ok. back to SEPI. GEMPAQ WEYH!!! Geram aku tgk cerita ni. Kepuasan. Yes. thats the right word. Cerita ni sangat memenuhi citarasa aku. orang lain aku tak tau la. Semua ada. Kelakar, sedih, keliru, mesej yang bernas, tema yang kena, susunan cerita yang teratur, romantik, dan banyak lagi. tengok sendiri baru faham. Aku cerita sikit la konsep dia. ada 3 kisah cinta yang disatukan dalam satu insiden yang tidak sengaja. Mungkin kalian akan ingat sama ja macam cerita CINTA. tidak!! tidak sama sekali. Mungkin konsep agak sama. tapi ini adalah lain. Pelakon2 bijak memainkan watak. Pemilihan lokasi juga sangat bernas.

Satu penghargaan dalam industri perfileman kita. Evolusi ini akan terus berkembang menjadi satu revolusi. Kita yang menonton, sokonglah. Kita juga hebat seperti Hollywood. Jangan abaikan bangsa kita sendiri.

Sun set improvement


Best ambil gambar matahari terbenam ni. Suasana dan warna dia best. Ada banyak lagi. Visit my fotopages.